Gendang jaga-jaga

Gendang jaga-jaga merupakan gendang istiadat diRaja Brunei. Ia digunakan bagi menandakan permulaan dan berakhirnya istiadat istimewa istana, bermula dengan Istiadat Membuka Gendang Jaga-Jaga, bagi mengisytiharkan penggunaannya. Nama gendang jaga-jaga datangnya dari Istiadat Jaga-Jaga, amalan Melayu dahulu kala iaitu berjaga sepanjang malam yang dipenuhi dengan aktiviti keagamaan dan bukan keagamaan bagi menyambut keraian diraja. Tempoh maksima bagi Istiadat Jaga-Jaga telah ditetapkan tidak melebihi daripada empat belas hari oleh Sultan Brunei masa kini.